ad
AGENDA

KPKM nafi harga belian padi diturunkan, gesa hentikan maklumat tidak sahih

10 Jan 2025, 1:02 PM
KPKM nafi harga belian padi diturunkan, gesa hentikan maklumat tidak sahih

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dakwaan pertubuhan itu adalah tidak tepat selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pesawah serta pemain industri padi dan beras negara.

“Oleh yang demikian, KPKM menggesa penyebaran maklumat berhubung kenyataan ini dihentikan segera dan menegaskan bahawa sebarang penyebaran maklumat tidak sahih ini adalah di bawah tanggungjawab penyebar,” menurut kenyataan itu.

Pesawah dalam kenyataan media itu mendakwa harga belian padi diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik berbanding harga semasa iaitu sekitar RM1,500 hingga RM1,800.

Kenyataan sama mendakwa keputusan itu dimuktamadkan pada mesyuarat pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB) baru-baru ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.