ad
AGENSI

Yayasan MBI peruntuk RM1 juta bantu baik pulih prasarana sekolah

10 Jan 2025, 6:00 AM
Yayasan MBI peruntuk RM1 juta bantu baik pulih prasarana sekolah

SHAH ALAM, 10 JAN: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM1 juta tahun ini bagi bantuan membaik pulih prasarana sekolah seluruh negeri.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor menjelaskan dana tahunan tersebut disediakan bagi meningkatkan kemudahan dan menambah baik kualiti pembelajaran pelajar di sekolah.

“Setiap tahun Yayasan MBI menyediakan peruntukan khas bagi program pembangunan pendidikan termasuk baik pulih infrastruktur sekolah.

“Tahun ini sejumlah RM1 juta akan diagihkan kepada sekolah yang perlu naik taraf kemudahan. Semoga bantuan ini memanfaatkan pelajar dan warga pendidik,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, Yayasan MBI menyerahkan sumbangan pembaikan infrastruktur berjumlah RM50,000 kepada lima sekolah terpilih sekitar Klang.

Sekolah iaitu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Jalan Meru, SK Sungai Udang, SK Telok Gadong, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan SMK Sri Andalas.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.