ad
AGENDA

PM terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi

9 Jan 2025, 3:30 PM
PM terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.

Anwar menerusi hantaran di laman X berkata pada pertemuan itu beliau dan delegasi DPIM membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri berkata beliau sangat menghargai cadangan dikemukakan DPIM itu yang selari dengan hasrat kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan perniagaan dan perdagangan.

DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.