ad
AGENDA

Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang

9 Jan 2025, 1:50 PM
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang

GAZA, 9 JAN: Tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, yang mengakibatkan 70 orang awam terbunuh dan 104 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), angka kematian sejak permulaan tindakan agresif Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita. Kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Ribuan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya, kerana ambulans dan pasukan pertahanan awam menghadapi kesukaran untuk melakukan misi menyelamat disebabkan serangan Israel yang berterusan, runtuhan yang banyak, serta kekurangan bahan api dan peralatan berat.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.