ad
PBT

MBPJ: 18 premis tanpa lesen diarah tutup, 20 warga asing ditahan

9 Jan 2025, 12:49 PM
MBPJ: 18 premis tanpa lesen diarah tutup, 20 warga asing ditahan
MBPJ: 18 premis tanpa lesen diarah tutup, 20 warga asing ditahan

SHAH ALAM, 9 JAN: Sebanyak 18 premis perniagaan di sekitar PJS 2 dan Pasar Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya disita dan diarahkan tutup serta-merta kerana beroperasi tanpa lesen.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Facebook memaklumkan operasi bermula jam 11 pagi semalam dilakukan bagi membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen melibatkan warga asing.

[caption id="attachment_681362" align="alignleft" width="500"]
Warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam operasi membanteras premis perniagaan tanpa lesen di sekitar PJS2 dan Pasar Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya pada 8 Januari 2025. Foto Facebook MBPJ[/caption]

“Hasil daripada operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, sebanyak 18 premis perniagaan tanpa lesen disita, 20 warga asing ditahan JIM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, MBPJ bertegas akan memperhebat operasi banteras premis perniagaan tanpa lesen dari semasa ke semasa dan tidak akan sesekali bekerjasama dengan individu yang didapati bersalah.

“MBPJ akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan. Pihak Majlis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang melanggar peraturan dan undang-undang,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.