ad
AGENDA

Tren, bas tema adiwira Mechamato, pikat penguna pengangkutan awam

9 Jan 2025, 11:18 AM
Tren, bas tema adiwira Mechamato, pikat penguna pengangkutan awam
Tren, bas tema adiwira Mechamato, pikat penguna pengangkutan awam
Tren, bas tema adiwira Mechamato, pikat penguna pengangkutan awam
Tren, bas tema adiwira Mechamato, pikat penguna pengangkutan awam

OLEH AIDA NYAN

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan watak adiwira Malaysia, Mechamato bagi menarik minat generasi muda menggunakan pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail, Nor Azmi Mohd Yusof berkata menerusi kerjasama dengan syarikat animasi tempatan Monsta Studios Sdn Bhd (Monsta) itu, sebanyak tiga tren dan tiga bas dibalut pelekat bertemakan Mechamato.

"Kita dapat memupuk pengetahuan tentang penggunaan pengangkutan awam. Pihak kerajaan juga menggalakkan anak-anak menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan karbon dan kesesakan lalu lintas."

[caption id="attachment_681350" align="aligncenter" width="667"] Dekorasi Monorel Mechamato pada Majlis pelancaran Rapid KL X Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah pada 09 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Kami memang terbuka untuk kolaberasi dengan mana-mana syarikat yang boleh membawa kebaikan dan manfaat kepada masyarakat", katanya kepada Media Selangor selepas Majlis Pelancaran Rapid KL X Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Monsta Studio, Kee Yong Pin turut teruja dapat memberi peluang kepada orang ramai mendekati Mechamato menerusi pengangkutan awam.

[caption id="attachment_681348" align="aligncenter" width="685"] Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd, Nor Azmi Mohd Yusof (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin (kanan) bergambar bersama maskot Mechamato pada Majlis pelancaran Rapid KL X Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah pada 09 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Kita nampak negara-negara lain yang maju, mereka sentiasa buat kolaberasi dengan watak-watak supaya anak-anak dari kecil lagi didedahkan kepada pengangkutan awam", katanya.

Pada majlis tersebut, pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 turut diraikan.

Menerusi kerjasama ini, orang ramai boleh menaiki transit aliran ringan (LRT), monorel dan bas yang bertemakan adiwira Mechamato.

[caption id="attachment_681352" align="aligncenter" width="679"] Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd, Nor Azmi Mohd Yusof (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Monsta, Kee Yong Pin (kanan) bergambar bersama maskot Mechamato pada Majlis pelancaran Rapid KL X Mechamato di Stesen Monorel Hang Tuah pada 09 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.