ad
AGENSI

Kohijrah usahakan kebun, jual tanaman murah banding pasaran

9 Jan 2025, 8:15 AM
Kohijrah usahakan kebun, jual tanaman murah banding pasaran

SHAH ALAM, 9 JAN: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) mempunyai kebun khusus di beberapa lokasi bagi melaksanakan aktiviti tanaman dan ternakan, kata pengurus besarnya.

Diusahakan seramai 75 pekebun yang juga anggota Kohijrah sejak tahun lalu, Mohammad Syukri Ismail menjelaskan kawasan terlibat ialah Johan Setia, Kuala Langat dan Batang Kali.

Beliau menambah projek tersebut turut diperluas ke Tapah dan Kampung Dew, Gunung Semanggol di Perak melibatkan tanaman tembikai, nanas, manggis, jambu, belimbing dan sayuran.

"Bukan sahaja tanaman, kita juga mengusahakan ternakan seperti ikan dan udang galah,” katanya dihubungi Media Selangor hari ini.

Menurutnya, anggota Kohijrah yang mengusahakan kebun terbabit dibimbing dan menerima manfaat termasuk bantuan baja untuk memastikan hasil tanaman lebih berkualiti.

Jelas Mohammad Syukri, hasil tanaman dan ternakan itu akan dijual ke pusat lelongan di Batu 7, Sijangkang, dengan harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pasaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.