ad
AGENSI

Mohd Yazid dilantik ketua pegawai eksekutif sekretariat SUKMA Selangor 2026

9 Jan 2025, 2:23 AM
Mohd Yazid dilantik ketua pegawai eksekutif sekretariat SUKMA Selangor 2026
Mohd Yazid dilantik ketua pegawai eksekutif sekretariat SUKMA Selangor 2026

SHAH ALAM, 9 JAN: Timbalan Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Yazid Sairi dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di negeri ini pada 2026

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata Mohd Yazid memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam selain merupakan timbalan ketua kontinjen Selangor pada SUKMA di Sarawak tahun lepas.

Beliau berkata mantan pengurus saluran Astro Arena, Venu Ramadass yang memiliki  pengalaman sebagai perunding penyiaran dan penerbitan penganjuran Sukan SEA di Kemboja 2023 dilantik sebagai ketua pegawai operasi

“Pelantikan ini adalah sebahagian daripada proses awal untuk memastikan temasya SUKMA Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya.

“Susulan pelantikan ini, pihak sekretariat akan menyelaraskan hal-hal khusus melibatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah serta anak syarikat untuk persiapan Sukma 2026,” katanya menerusi kenyataan.

Selangor bakal menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026 selepas kali terakhir menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran menganggar kos lebih RM150 juta diperuntuk bagi menganjur temasya sukan dwitahunan itu selain penggunaan 90 peratus infrastruktur di Selangor.

[caption id="attachment_681259" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyerahkan surat pelantikan kepada mantan pengurus saluran Astro Arena Venu Ramadass sebagai ketua pegawai operasi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.