ad
AGENSI

Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert

9 Jan 2025, 1:15 AM
Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert
Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert
Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert
Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert
Orang ramai setuju laksana ujian air kencing, pemeriksaan badan pengunjung konsert

SUBANG JAYA, 9 JAN: Rata-rata orang ramai bersetuju cadangan Kerajaan Selangor untuk memperketatkan tatacara operasi piawai (SOP) penganjuran konsert termasuk saringan air kencing terhadap individu yang dicurigai mengambil bahan terlarang.

Muhamad Azhad Abdul Wahid, 27, berpendapat SOP itu tidak tertakluk kepada konsert muzik rancak sahaja sebaliknya perlu diperluas kepada semua genre muzik melibatkan artis tempatan atau antarabangsa

[caption id="attachment_681234" align="alignleft" width="368"] Muhamad Azhad Abdul Wahid. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"SOP ini tidak tertakluk kepada konsert muzik rancak sahaja sebaliknya perlu dibuat kepada semua jenis genre. Apabila melibatkan ramai orang saya rasa memang wajar buat ujian saringan air kencing terhadap pengunjung.

“Memang saringan air kencing akan mengambil masa agak lama tetapi saya cadangkan pengunjung melakukan (saringan) lebih awal dan menunjukkan keputusan kepada pihak berkuasa ketika masuk ke konsert ” kata juruanimasi itu.

Pelajar Filbert Mccann Riot, 24, berkata SOP yang lebih ketat memastikan kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu tidak berulang.

[caption id="attachment_681235" align="alignright" width="368"] Filbert Mccann Riot. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Memang perlu buat saringan air kencing. Mungkin harga tiket akan melonjak naik tetapi saya percaya kalau individu itu peminat konsert artis, harga tidak menjadi masalah.

“Namun, bagi saya ujian saringan air kencing mungkin lebih sesuai dibuat di konsert genre rancak dan individu yang menimbulkan syak sahaja,” katanya.

Selain itu, Nurul Aliana Samsol, 23, pula mencadangkan pihak berkuasa mengetatkan lagi syarat kemasukan konsert seperti di lapangan terbang.

[caption id="attachment_681236" align="alignleft" width="368"] Nurul Aliana Samsol. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya cadang buat pemeriksaan keselamatan tubuh badan dan barangan seperti di lapangan terbang atau mungkin boleh tempatkan lebih ramai polis serta anjing pengesan,” katanya.

Sementara itu, pandangan berbeza diberikan Darshan Suresh yang tidak bersetuju dengan cadangan saringan air kencingan itu.

Pelajar berusia 20 tahun berpendapat peraturan lebih ketat dengan menempatkan lebih ramai pihak berkuasa melakukan pemeriksaan tubuh badan sudah memadai.

“Buat ujian saringan air kencing hanya merumit dan melewatkan sahaja waktu mula konsert. Saya rasa tidak perlu, cukup sekadar perketatkan sahaja pemeriksaan tubuh badan,” katanya.

[caption id="attachment_681237" align="alignright" width="368"] Darshan Suresh. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Semalam EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim mengesyorkan SOP penganjuran konsert diperketatkan termasuk melakukan saringan air kencing kepada individu yang menimbulkan syak.

Beliau memberi jaminan, penggiat industri tidak perlu bimbang kerana garis panduan memasuki konsert masih sama, namun pemantauan perlu diperketat bagi mengelak insiden tidak diingini berulang.

Ia susulan kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Subang Jaya.

Pada 3 Januari, polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri ini sehingga siasatan kes kematian empay individu terlibat selesai dijalankan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.