ad
AGENDA

Gagal pulangkan deposit, Motac batal lesen syarikat Layang-Layang Island Resort

8 Jan 2025, 4:55 AM
Gagal pulangkan deposit, Motac batal lesen syarikat Layang-Layang Island Resort

PUTRAJAYA, 8 JAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa Isnin lepas (6 Jan).

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC Datuk Roslan Abdul Rahmam menerusi kenyataan ringkas hari ini berkata pembatalan lesen nombor 2992 adalah selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

"MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI," katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.

Tempahan itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.