ad
AGENSI

Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf

8 Jan 2025, 4:00 AM
Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf
Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf
Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf
Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf

SHAH ALAM, 8 JAN: Kawasan rekreasi air terjun Serendah dan santuari ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor masih ditutup sementara untuk kerja naik taraf kemudahan awam sehingga tarikh diberitahu kelak.

Penerangan Daerah Hulu Selangor memaklumkan orang ramai diminta cakna dan tidak berkunjung ke kawasan terlibat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Menurutnya, walaupun hebahan penutupan telah dibuat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sebelum ini, namun papan tanda dan notis yang dipasang di laluan masuk kawasan terlibat didapati hilang akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

[caption id="attachment_681137" align="aligncenter" width="972"] Kerja naik taraf kawasan rekreasi air terjun Serendah giat dijalankan dan tarikh pembukaan akan dimaklumkan kelak. Foto Facebook Penerangan Daerah Hulu Selangor[/caption]

“Ini bukan saja mengelirukan orang ramai tetapi turut membimbangkan semua pihak terutama keselamatan pengunjung kerana hasil pemantauan MPHS masih ada datang berkelah,” katanya menerusi Facebook.

Justeru menurutnya, orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sebaiknya bagi memastikan usaha MPHS menaik taraf kemudahan awam sekitar lokasi air terjun berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini.

“Sungai Chiling dijangka dibuka semula selepas Aidilfitri namun tarikh pembukaan air terjun Serendah masih belum dapat dimaklumkan lagi,” katanya.

[caption id="attachment_681136" align="aligncenter" width="1035"] Kawasan rekreasi air terjun Serendah dan santuari ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor ditutup sementara untuk kerja naik taraf kemudahan awam sehingga diberitahu. Foto Facebook Penerangan Daerah Hulu Selangor[/caption]

[caption id="attachment_681140" align="aligncenter" width="1113"] Kawasan rekreasi air terjun Serendah dan santuari ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor ditutup sementara untuk kerja naik taraf kemudahan awam sehingga diberitahu. Foto Facebook Penerangan Daerah Hulu Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.