ad
AGENSI

Negeri hasrat perkenal Selangor Future Cup, rancak pembangunan e-sukan

7 Jan 2025, 2:00 PM
Negeri hasrat perkenal Selangor Future Cup, rancak pembangunan e-sukan
Negeri hasrat perkenal Selangor Future Cup, rancak pembangunan e-sukan
Negeri hasrat perkenal Selangor Future Cup, rancak pembangunan e-sukan

SHAH ALAM, 7 JAN: Kerajaan Negeri bersama Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor bakal memperkenalkan Selangor Future Cup dalam usaha merancakkan lagi aktiviti e-sukan dalam kalangan pelajar.

Pengarah MSN Selangor Mohamad Nizam Marjugi memberitahu kejohanan berkenaan membabitkan penyertaan pelajar menengah dengan kerjasama pihak sekolah.

[caption id="attachment_497492" align="aligncenter" width="812"] Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi. Foto Arkib MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tahun ini kita rancang menganjurkan Selangor Future Cup untuk merancakkan lagi pembangunan e-sukan kepada belia, khususnya pelajar sekolah menengah.

“Kita sedang dapatkan kerjasama pihak sekolah, bagi memastikan setiap aktiviti yang disertai pelajar ini mendapat kebenaran dan mereka juga tidak keciciran pelajaran,” katanya kepada Media Selangor.

Mohamad Nizam menambah, program e-sukan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan terutamanya ketika penganjuran Karnival Jelajah Belia Madani sejak tahun lalu.

Berhubung pembangunan gudang e-sukan, beliau berkata projek berkenaan dijangka mengambil masa berikutan melibatkan banyak pihak selain isu pemilikan bangunan.

“Bangunan itu masih dimiliki oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, jadi MSN belum boleh beri apa-apa maklum balas. Mungkin akan ambil masa sedikit,” katanya.

[caption id="attachment_594531" align="aligncenter" width="810"] Peserta e-sukan memulakan pertandingan pada majlis perasmian Selangor Xtiv Robotic e-Sport Skill 2023 Fasa 2 di Dewan MDKS, Saujana Utama pada 22 Julai 2023. Fopt MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Pada November lalu, Dato’ Menteri Besar melalui Belanjawan Selangor 2025 mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengubah suai Hotel Carlton untuk dijadikan gedung e-sukan dengan peruntukan RM1 juta.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada negeri menjadi tuan rumah kepada pertandingan e-sukan di peringkat Asean dan antarabangsa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.