ad
PBT

MBSJ tawar kutipan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina mulai 20 Jan

7 Jan 2025, 1:00 PM
MBSJ tawar kutipan sampah pukal sempena Tahun Baharu Cina mulai 20 Jan

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina mulai 20 hingga 28 Januari.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan perkhidmatan yang disediakan KDEB Waste Management (KDEBWM) perlu dimohon dan tertakluk untuk penduduk di kawasan perumahan teres sahaja.

Kategori kutipan sampah pukal hanya melibatkan tilam dan perabot lama. Sementara sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik dan barang kitar semula tidak diterima.

“Permohonan boleh dibuat melalui WhatsApp KDEBWM ditalian 011-3538 4437 atau 03-8081 4437 bermula 13 hingga 21 Januari 2025,” katanya menerusi Facebook.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.