ad
ADN

DUN Batu tiga anjur kursus kepimpinan, terbuka belia umur 18 hingga 26 tahun

7 Jan 2025, 1:00 AM
DUN Batu tiga anjur kursus kepimpinan, terbuka belia umur 18 hingga 26 tahun
DUN Batu tiga anjur kursus kepimpinan, terbuka belia umur 18 hingga 26 tahun

SHAH ALAM, 6 JAN: Golongan belia berusia 18 hingga 26 tahun yang menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dipelawa menyertai program kepimpinan yang dijadual bermula Februari sehingga Mei depan

Wakil rakyatnya Danial Al Rashid Haron berkata program Akademi Kepimpinan Batu Tiga itu bertujuan memberi pendedahan mengenai fungsi dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen selain menggilap bakat pemimpin pelapis.

“Kami mengundang 30 belia berusia 18 hingga 26 tahun untuk menyertai akademi ini yang bertujuan memberi pendedahan mendalam berhubung peranan DUN dan parlimen.

“Peserta juga berpeluang berbincang mengenai polisi awam secara langsung bersama ADN Selangor dan diberi kesempatan menjadi penggerak komuniti di DUN Batu Tiga,” katanya menerusi Facebook.

Belia yang berminat untuk menyertai akademi berkenaan boleh daftar menerusi https://bit.ly/AkademiB3 sebelum atau pada 20 Januari ini.

Terhad kepada belia yang kediaman mereka beralamat di DUN Batu tiga, peserta juga akan diberi saguhati dan sjjil penghargaan.

“Jangan lepaskan peluang ini. Daftar sekarang. Jadilah suara perubahan di komuniti anda,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.