ad
AGENDA

Anwar mahu KWSP lindungi simpanan pencarum, hidup selesa selepas bersara

7 Jan 2025, 12:20 AM
Anwar mahu KWSP lindungi simpanan pencarum, hidup selesa selepas bersara

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu bagi membincangkan peranan KWSP sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam membantu membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat.

“Komitmen KWSP dalam melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum dapat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa,” kata Anwar.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.