ad
EXCO

Selangor hasrat laksana polisi tiada bunuh, pelihara haiwan terbiar

6 Jan 2025, 10:00 AM
Selangor hasrat laksana polisi tiada bunuh, pelihara haiwan terbiar
Selangor hasrat laksana polisi tiada bunuh, pelihara haiwan terbiar
Selangor hasrat laksana polisi tiada bunuh, pelihara haiwan terbiar

KUALA LANGAT, 6 JAN: Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan polisi tiada bunuh atau ‘No Kill Policy’ dalam usaha memelihara haiwan terbiar di Selangor.

EXCO kerajaan tempatan berkata setiap anjing yang ditangkap akan ditempatkan di pusat penempatan sementara milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi proses pemandulan dan pemvaksinan.

Dato’ Ng Suee Lim menambah pihaknya juga bersedia menyalurkan dana bagi menjayakan program yang membabitkan peranan semua PBT dan badan bukan kerajaan.

[caption id="attachment_680905" align="aligncenter" width="784"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim ditemui media selepas merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelarasan dan Penyeragaman Amalan Terbaik PBT di Amverton Cove Golf and Island Resort, Kuala Langat pada 6 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sudah menyahut seruan untuk menjadi perintis melaksanakan polisi ini namun ia membabtikan dana besar.

“Di pihak saya, sedia untuk memperuntukkan dana antara RM100,000 hingga RM200,000 manakala selebihnya (kos) ditanggung PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Libat Urus Penyelarasan Dan Penyeragaman Amalan Terbaik PBT Selangor di Hotel Amverton Cove Golf & Island Resort di sini.

[caption id="attachment_680906" align="aligncenter" width="815"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim bersama peserta Bengkel Libat Urus Penyelarasan dan Penyeragaman Amalan Terbaik PBT di Amverton Cove Golf and Island Resort, Kuala Langat pada 6 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurutnya Suee Lim, polisi berkenaan juga menumpukan cadangan pemberian pelesenan dengan syarat  pemilik perlu memastikan anjing mereka telah dimandul dan diberi vaksin.

“Program juga bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan pemilik untuk memastikan anjing peliharaan mereka tidak berkeliaran di merata tempat yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.