ad
AGENDA

Remaja jatuh ketika memancing di rumah rakit ditemui lemas

6 Jan 2025, 2:28 AM
Remaja jatuh ketika memancing di rumah rakit ditemui lemas

KUANTAN, 6 JAN: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika memancing di rumah rakit di Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa, berkata mayat Azri Fahmi, 14, dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 7.45 pagi tadi.

“Mayat ditemukan pada jarak 900 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelajar tersebut dilaporkan terjatuh ketika memancing bersama dua rakannya di rumah rakit itu pada 4 Jan lepas.

Susulan kejadian itu, operasi SAR telah dilancarkan oleh pasukan penyelamat, termasuk menggunakan dua ekor anjing pengesan (K9)

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.