ad
AGENDA

Lelaki melecur tangan, kaki, 13 rumah terbakar

5 Jan 2025, 5:28 AM
Lelaki melecur tangan, kaki, 13 rumah terbakar

SUNGAI PETANI, 5 JAN: Lelaki berusia 30-an melecur kaki dan tangan dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Kampung Keda Tanjung Dawai, Bedong dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Azhar Mohamad, berkata bomba menerima panggilan pada 7.28 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi jam 7.53 pagi.

"Seramai 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan digerakkan ke lokasi dengan dibantu BBP Guar Cempedak, BBP Sungai Petani serta pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan 13 rumah, dan terdapat lelaki berusia 30-an melecur pada kaki dan tangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang melecur dibawa ke hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan.

"Api dapat dikawal pada 8.12 pagi. Pos kawalan bomba (PKB) diaktifkan di Tanjung Dawai," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.