ad
BERITA UTAMA

Jubli Perak: Tebatan banjir, bina pusat haiwan antara perancangan di bandar raya Shah Alam 

4 Jan 2025, 2:23 AM
Jubli Perak: Tebatan banjir, bina pusat haiwan antara perancangan di bandar raya Shah Alam 
Jubli Perak: Tebatan banjir, bina pusat haiwan antara perancangan di bandar raya Shah Alam 

SHAH ALAM, 4 JAN: Pelbagai perancangan membabitkan penambahbaikan infrastruktur awam dirancang sempena ulang tahun ke-25 bandar raya Shah Alam tahun ini.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata antara yang menjadi tumpuan adalah menambah baik jalan raya, sistem saliran, pengangkutan awam serta melaksana projek tebatan banjir.

“Kita sudah menyedia 10 pelan perancangan awal, antaranya adalah pemasangan pam di Seksyen 17, membina laluan tambahan di Seksyen 32, menaik taraf pembentung dan sistem saliran di Seksyen 25 dan Seksyen 33.

[caption id="attachment_669475" align="alignleft" width="500"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Selain itu naik taraf kolam takungan di Seksyen U20 dan Seksyen 5, serta menaik taraf persimpangan Terowong Cahaya Alam di Seksyen U12 ke Seksyen 7,” katanya kepada Media Selangor.

Mohd Fauzi menambah, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut merancang pembangunan infrastruktur hijau seperti taman rekreasi, laluan pejalan kaki dan laluan basikal.

Menurutnya, buat julung kalinya MBSA juga bakal membina pusat pengurusan haiwan bersepadu yang pertama di Shah Alam bagi menempatkan haiwan jalanan seperti anjing dan kucing.

“Kita akan bina pusat pengurusan haiwan bersepadu bagi menempatkan haiwan jalanan yang dilapor menimbulkan kacau ganggu kepada masyarakat supaya haiwan ini dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Shah Alam dinaik taraf sebagai bandar raya pada 10 Oktober 2000 dan menjadi bandar raya pertama di Selangor yang menerima pengisytiharan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.