ad
AGENDA

Lelaki maut, rumah didiami runtuh

4 Jan 2025, 1:26 AM
Lelaki maut, rumah didiami runtuh

KUCHING, 4 JAN: Lelaki maut apabila rumah didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.50 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat mangsa yang berada di dalam rumah kediaman satu tingkat jenis kekal berkenaan.

“Susulan itu, pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian dan berjaya menemukan mangsa, seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di bawah runtuhan,” menurut PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim Inn Tong, 58, berjaya dikeluarkan pada 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.