ad
BUDAYA

Nasi Ayam Ingkung

4 Jan 2025, 12:30 AM
Nasi Ayam Ingkung

Petang memetik daun salam

tiba-tiba terdengar teguran

tidak pasti kenalan baru atau sahabat lama

barangkali itu sudah tidak penting

selepas bermula perbualan

soal inflasi, ekonomi, pasangan hidup

dunia mengulang belang cemar sejarah

pecah belah dan berbalah

ideologi dan pekikan slogan

ingin percaya kerana pegangan terakhir

tunduk setia kerana tiada pilihan

seperti selepas setiap debat panas

masih pulang ke kamar kosong

aman damai atau perang berdarah

malam masih berarak perlahan

cabaran rutin memakai wajah serupa

dari padang berlainan

kita muncul di gelanggang yang sama

sampai di sini dan bertemu petang ini

seperti nasi ayam ingkung

enak dan sedapnya untuk menjamu selera.

 

Lee Keok Chih

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.