Sejak 10 tahun lalu setiap Khamis, muslimin Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur bersama-sama bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah untuk Jemaah termasuk wanita.
Kambing golek, nasi beriyani ayam masak merah, nasi minyak kari ayam, mee bandung, mee Jawa antara air tangan kaum bapa yang disediakan untuk jemaah setiap Khamis malam Jumaat.
Malah amalan sejak 2015 itu menjadikan surau itu tumpuan penduduk setiap minggu untuk menyediakan makanan kepada kira-kira 100 jemaah.
Pesara kerajaan, chef, kakitangan swasta serta pelbagai latar belakang penduduk menyinsing lengan menyediakan hidangan dengan kosnya hasil kutipan penduduk serta tajaan pihak tertentu.
Selepas bacaan surah Yassin, surah al-Mulk dan solat Isyak kaum muslimin dan muslimat sama-sama menikmati juadah sekali gus menjadikan aktiviti berkenaan rutin mingguan yang merapatkan ukhuwah sesama mereka.
Jurufoto AHMAD ZAKKI JILAN merakam rutin Jemaah muslimin Surau At-Taqwa Damai Murni sejak sedekad lalu.
[caption id="attachment_680622" align="aligncenter" width="1100"] Jemaah menikmati hidangan yang disediakan gotong-royong oleh kaum muslimin selepas solat Isyak dan bacaan surah Yasin di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680623" align="aligncenter" width="1200"] Penduduk membasuh ayam untuk hidangan selepas solat Isyak di Surau At-Taqwa Damai Murini, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680624" align="aligncenter" width="1125"] Kaum muslimin berganding bahu menyediakan hidangan untuk jemaah selepas solat Isyak di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680625" align="aligncenter" width="1195"] Pengerusi Surau At-Taqwa Damai Murni, Hamidun Ibrahim (kanan) memasak untuk jemaah Surau At-Taqwa Damai Murini, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680626" align="aligncenter" width="1113"] Aktiviti rewang dilakukan penduduk sejak 2015 di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680627" align="aligncenter" width="1256"] Penduduk bergotong-royong menyediakan hidangan untuk jemaah Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680628" align="aligncenter" width="1120"] Jemaah membaca surah Yasin selepas solat Maghrib di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680629" align="aligncenter" width="1199"] Jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah selepas membaca surah Yasin di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680630" align="aligncenter" width="1186"] Jemaah menyediakan hidangan selepas solat Isyak di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680635" align="aligncenter" width="1179"] Jemaah bergotong -royong membasuh pinggan selepas jamuan di Surau At-Taqwa Damai Murni, Alam Damai, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]