SHAH ALAM, 3 JAN: Festival makanan berkonsep Pasar Saloma bagi memperkenal makanan tradisi dan popular dijadual berlangsung di Shah Alam hujung bulan ini
EXCO kebudayaan berkata antara makanan bakal dijual pada festival anjuran bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ialah nasi ambeng, punten, sate, pecal dan wadai kipeng.
“Usaha mengangkat makanan tradisi bertujuan memperkenalkannya kepada generasi muda. Dalam masa sama, kita turut menjual makanan viral dan menjadi ikutan masa kini. Kita pelbagaikan menu supaya orang ramai mempunyai banyak pilihan.
"Tarikh acara ini sedang diputuskan. Festival selama beberapa hari itu dicadang diadakan ketika cuti sekolah bagi memudahkan ibu bapa membawa keluarga.
“Ini juga merupakan antara usaha untuk menarik pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025. ,” kata Datuk Borhan Aman Shah kepada SelangorKini.
Pada awal Disember lalu, Kerajaan Negeri menganjurkankan Festival Makanan Warisan Selangor 2024 di Pantai Bagan Lalang dan bakal diteruskan ke Kuala Selangor tahun ini.
Sebelum ini Sate Kajang dan nasi ambeng turut diisytihar sebagai makanan warisan negeri ini.
[caption id="attachment_680540" align="aligncenter" width="696"] Petugas meyiapkan hidangan Nasi Ambeng untuk dihidangkan kepada tetamu dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]