ad
AGENDA

Lelaki maut kena renjatan elektrik sambungan haram di paya bakau

3 Jan 2025, 1:05 PM
Lelaki maut kena renjatan elektrik sambungan haram di paya bakau

KOTA KINABALU, 3 JAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di Lorong Kuala Neutron Kampung Likas semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan melalui MERS diterima pada 10.45 malam dan menggerakkan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

“Mangsa bersendirian telah pergi ke kawasan paya bakau untuk mencari ketam sebelum terkena renjatan elektrik,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba terpaksa menunggu Sabah Electricity untuk membuat pemotongan bekalan elektrik sebelum dapat mengangkat mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.