ad
AGENSI

Catat lebihan kewangan RM98.99 juta, pencapaian tertinggi negeri sejak 2017

3 Jan 2025, 7:27 AM
Catat lebihan kewangan RM98.99 juta, pencapaian tertinggi negeri sejak 2017
Catat lebihan kewangan RM98.99 juta, pencapaian tertinggi negeri sejak 2017

SHAH ALAM, 3 JAN: Kejayaan Selangor mencatat lebihan kewangan sebanyak RM98.99 juta untuk 2024 merupakan kutipan dan penjimatan tertinggi diraih pentadbiran negeri sejak 2017.

Ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata negeri berjaya menjimatkan perbelanjaan mengurus dengan hanya menggunakan 98.07 peratus atau RM1.554 bilion daripada peruntukan keseluruhan.

Menurut Halimey Abu Bakar, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari juga membuat penjimatan apabila hanya membelanjakan RM1.205 bilion atau 97.18 peratus bagi pembangunan tahun lalu.

"Kejayaan pentadbiran Dato' Menteri Besar menunjukkan keupayaan Selangor untuk mencatatkan kejayaan yang lebih memberangsangkan menjelang 2025.

[caption id="attachment_680202" align="alignleft" width="456"] Penyelaras DUN Taman Medan Halimey Abu Bakar ditemui pada program serahan Bantuan Masuk Sekolah kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2025 di Dewan Serbaguna MBPJ Taman Dato' Harun, Petaling Jaya pada 1 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Fitnah dan tohmahan boleh dilemparkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan rakyat, namun data dan fakta yang tercatat tidak mungkin dapat diselewengkan.

"Data dan fakta tersebut menjadi kayu ukur kejayaan pentadbiran Kerajaan Madani Selangor ketimbang pentadbiran sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada 2 Januari.

Dalam belanjawan 2024, Selangor memperuntuk RM2.53 bilion merangkumi RM1.33 bilion atau 52.6 peratus perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion atau 47.4 peratus perbelanjaan pembangunan.

Pada masa sama, Halimey berkata usaha Amirudin bersama pentadbiran negeri turut mencatat prestasi kewangan melebihi sasaran, iaitu sebanyak RM2.858 bilion setakat 31 Disember 2024.

Beliau menjelaskan kejayaan lain termasuk kutipan premium tanah yang merekodkan pencapaian mengatasi sasaran sebanyak 55.53 peratus, dengan jumlah RM1.385 bilion.

"Tahun 2024 menutup tirai dengan seribu satu kenangan, Kerajaan Madani Selangor tidak terkecuali mencipta kenangan manis terakhir dengan mencatatkan prestasi kewangan dalam pentadbirannya sebagai yang terbaik ketimbang tujuh tahun sebelumnya," katanya.

Selangor memperoleh kutipan hasil RM2.7 bilion pada 2023, RM2.5 bilion (2022) dan RM2.3 bilion pada 2021 didorong perkembangan positif ekonomi dan kemasukan pelaburan yang agresif.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.