ad
BERITA UTAMA

Jamin keselamatan penghuni, 570 pusat tahfiz disasar jalani pemutihan

3 Jan 2025, 6:13 AM
Jamin keselamatan penghuni, 570 pusat tahfiz disasar jalani pemutihan
Jamin keselamatan penghuni, 570 pusat tahfiz disasar jalani pemutihan

SHAH ALAM, 3 JAN: Sebanyak 570 maahad tahfiz disasar menjalani proses pemutihan 2.0 sehingga Ogos nanti sekali gus memberi keyakinan terhadap aspek keselamatan pelajar serta warganya.

EXCO agama Islam berkata sebagai permulaan 24 maahad telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendapatkan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT)

“Ini merupakan projek rintis. Kita pilih 24 maahad dan akan lihat bagaimana proses permohonan serta maklum balas daripada PBT. Kita sasar purata setiap bulan 50 permohonan akan dihantar bermula Januari ini hingga Ogos.

[caption id="attachment_673768" align="alignleft" width="347"] EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah[/caption]

“Jadi lebih 570 pusat akan mendaftar. Mana-mana pusat yang tercicir boleh membuat permohonan sehingga Disember tahun ini,” kata Dr Fahmi Ngah di media sosial.

Beliau menambah pihaknya menjalin kerjasama dengan Pusat Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) bagi memudahkan urusan permohonan KMTT berkenaan.

“Dengan kerjasama ini, kita yakin 570 pusat tahfiz berjaya diputihkan dan disahkan selamat tahun ini sekali gus mengelak tragedi seperti kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah (2017) dan tahfiz di Kampung Medan, Telok Panglima Garang (2023),” katanya.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri melakukan beberapa pindaan dalam program pemutihan 2.0 bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain tidak menekan pengusaha antaranya melibatkan kelonggaran KMTT dan pengecualian yuran serahan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.