SHAH ALAM, 3 JAN: Amir Ukays serta beberapa artis terkenal artis tanah air bakal menyerikan Jelajah Belia Madani di Pantai Remis, Kuala Selangor, esok.
Selain Amir, Baggio Damasutra dan Chombi dijadual menghiburkan pengunjung sempena Konsert Anak Muda yang diadakan pada penutup program bermula jam 8.30 malam.
Jelajah Belia Madani peringkat Kuala Selangor juga menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada juara Santai Pancing yang diadakan bermula jam 9 pagi dengan yuran penyertaan RM50.
Golongan kanak-kanak juga berpeluang bermain Soopa Doopa secara percuma selain boleh menyertai peraduan mewarna dan pertandingan layang-layang.
EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi dijangka menyempurnakan majlis perasmian karnival siri ketiga itu jam 9 pagi serta menyertai program ramah mesra dan pembersihan Pantai Remis.
Jelajah Belia Madani yang akan menjelajah ke semua daerah Selangor mula diadakan di Sepang pada Oktober lalu, diikuti siri kedua peringkat Petaling pada bulan lalu.