ad
AGENDA

63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS

3 Jan 2025, 1:06 AM
63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Sebanyak 63 mangsa banjir masih berada pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Johor setakat 8 pagi ini.

Di Kelantan, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras waspada, iaitu 7.70 meter.

Di Johor pula, jumlah mangsa banjir kekal 27 orang seperti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

"Selain itu, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah dijangka cerah pada pagi ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.