ad
AGENDA

Polis Selangor terima laporan kematian empat individu hadir konsert

1 Jan 2025, 3:51 PM
Polis Selangor terima laporan kematian empat individu hadir konsert

SHAH ALAM, 1 JAN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau berkata proses bedah siasat dijalankan hari ini namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal.

“Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.