ad
AGENDA

Rakyat Kelantan terharu, hargai bantuan banjir RM500,000 Selangor

1 Jan 2025, 6:18 AM
Rakyat Kelantan terharu, hargai bantuan banjir RM500,000 Selangor
Rakyat Kelantan terharu, hargai bantuan banjir RM500,000 Selangor
Rakyat Kelantan terharu, hargai bantuan banjir RM500,000 Selangor

Oleh ANNA FARINA ABDUL RAUF

KOTA BHARU, 1 JAN: Rakyat Kelantan memuji komitmen Kerajaan Selangor menyumbang sebanyak RM500,000 sebagai bantuan sokongan pascabah di negeri itu.

Seorang penduduk, Mohd Izhan Ramli, 40, berkata Sumbangan Bencana Banjir #KitaSelangor membuktikan keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap rakyat negeri itu yang dilanda musibah.

[caption id="attachment_680196" align="alignleft" width="345"] Mohd Izhan Ramli[/caption]

"Terima kasih sangat-sangat kepada Menteri Besar (MB) Selangor Dato' Seri Amirudin Shari atas bantuan RM500,000 untuk Kelantan.

"Pada kami itu sumbangan yang amat besar, saya sebagai rakyat Kelantan terharu, berbesar hati kerana caknanya MB Selangor kepada rakyat negeri Kelantan," katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_680197" align="alignright" width="343"] Mohd Ridzhuan Baharuddin[/caption]

Peniaga, Mohd Ridzhuan Baharuddin, 37 berkata sumbangan sokongan berkenaan dapat membantu proses baik pulih infrastruktur di kawasan terjejas.

"Bagus sangat sumbangan ini, Kelantan ada peruntukan dia untuk bantuan banjir, cuma ada bantuan daripada negeri lain, lagi bagus dengan macam-macam boleh baiki, terutamanya infrastruktur," katanya.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan pemberian sumbangan berjumlah RM500,000 kepada Kelantan sebagai bantuan sokongan susulan banjir bulan lepas.

Sumbangan Bencana Banjir #KitaSelangor itu bagi membantu proses membaik pulih infrastruktur serta kemudahan awam yang terjejas teruk susulan bencana yang melanda negeri itu.

[embed]https://www.tiktok.com/@selangortv/video/7454540489883143432?_r=1&_t=8sh8bX7L1PM[/embed]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.