SHAH ALAM, 1 JAN: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menganjur program pencarian bakat berbasikal baharu pada 11 Januari di Pusat Kecemerlangan Sukan Negeri Selangor, di sini.
Menurut badan sukan itu, pencarian bakat berkenaan hanya terbuka kepada remaja perempuan berumur 12 hingga 15 tahun.
“Program Pembangunan Berbasikal Selangor diketuai oleh bekas pelumba kebangsaan dan jurulatih berpengalaman, Mahazir Hamad,” katanya menerusi Facebook.
Menurutnya, calon yang berminat perlu memenuhi syarat iaitu memiliki basikal jalan raya (road bike) atau basikal bukit (MTB) sendiri selain aktif bersukan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Mahazir Hamad di talian 019-288 5633 atau Penyelaras Sukan Berbasikal MSN Selangor Abd Latif di talian 019-610 1487.