SHAH ALAM, 31 DIS: Isu banjir kilat yang kerap berlaku di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa akan diberi tumpuan pada tahun depan.
Wakil rakyatnya Dr G Gunaraj berkata beberapa prasarana akan ditambah baik termasuk melebarkan longkang di Taman Sentosa dan Bukit Tinggi.
[caption id="attachment_606657" align="aligncenter" width="811"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj bercakap kepada media selepas program Kesedaran, Kebersihan Gotong Royong di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Klang pada 8 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
“Beberapa kawasan di Bukit Tinggi adalah rendah, longkang yang cerun tidak dapat menampung air apabila hujan lebat.
"Selain itu, kolam tadahan di Tasik Botanik juga perlu disenggara. Ini perlu tindakan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)," katanya ketika dihubungi.
Gunaraj turut berkata pihaknya juga akan meningkatkan kerjasama dengan KDEB Waste Management (KDEBWM) untuk memastikan kerja pungutan sampah berjalan lancar.
"Penduduk juga perlu mengubah sikap, masih ramai membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya," jelasnya.
Ditanya mengenai harapan pada 2025, Gunaraj meminta semua penjawat awam dan agensi negeri berganding bahu menjayakan dasar serta agenda Kerajaan Negeri.
“Selangor mempunyai visi yang hebat tetapi apa yang lebih penting adalah pelaksanaannya perlu dibuat bersama disetiap peringkat,” katanya.