ad
AGENSI

Sungai Klang semakin bersih, 91,187 tan metrik sampah dikeluarkan sejak 2016

31 Dis 2024, 4:00 AM
Sungai Klang semakin bersih, 91,187 tan metrik sampah dikeluarkan sejak 2016
Sungai Klang semakin bersih, 91,187 tan metrik sampah dikeluarkan sejak 2016
Sungai Klang semakin bersih, 91,187 tan metrik sampah dikeluarkan sejak 2016

SHAH ALAM, 31 DIS : Sebanyak 91,187 tan metrik sampah dikeluarkan dari Sungai Klang sejak 2016 hingga Oktober lalu, maklum pengarah urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB).

Syaiful Azmen Nordin berkata kutipan itu hasil usaha pembersihan secara berterusan LLSB dengan kerjasama komuniti dan badan bukan kerajaan.

“Projek pembersihan Sungai Klang di bawah projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan positif," katanya yang turut memberitahu Sungai Klang kini semakin bersih dengan peningkatan indeks kualiti air yang ketara.

“Hasil penggunaan teknologi canggih seperti Interceptor 002 dan 005 serta tujuh perangkap sampah, kini Sungai Klang kelihatan lebih bersih dan kesannya dapat dilihat dengan pemulihan habitat pelbagai haiwan.

“Daripada Kelas V (tiada kehidupan di bawah air) sebelum 2016 beralih ke Kelas III (terdapat beberapa spesis hidupan dan air boleh dirawat untuk diminum) pada 2023. Ia turut menyumbang kepada peningkatan biodiversiti di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_586825" align="aligncenter" width="812"] Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) dan Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin (tiga, kiri) bersama Pengarah Asia The Ocean Cleanup Steven Paalman (dua, kiri) bergambar bersama selepas sesi lawatan Interceptor 005 di Sungai Klang, Klang pada 13 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 2018, Kerajaan Negeri melancarkan projek SMG kendalian LLSB sebagai inisiatif untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang tercemar.

Bagi pemulihan dan pembersihan Sungai Klang, terdapat dua mesin perangkap sampah iaitu Interceptor 002 dan 005 masing-masing beroperasi pada Ogos 2019 dan 2022.

Jentera Interceptor merupakan mesin inovasi ciptaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Belanda, Ocean Clean Up bagi proses pembersihan Sungai Klang yang lebih efektif.

[caption id="attachment_586824" align="aligncenter" width="796"] Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) mendengar penerangan Pengarah Asia The Ocean Cleanup Steven Paalman (kanan) ketika sesi lawatan di Sungai Klang, Klang pada 13 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.