ad
AGENDA

Cuaca buruk enam daerah di Selangor, KL hingga 9 malam

30 Dis 2024, 10:30 AM
Cuaca buruk enam daerah di Selangor, KL hingga 9 malam
Cuaca buruk enam daerah di Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 30 DIS: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 9 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut agensi itu di Facebook, Kuala Lumpur, beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka alami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.