ad
ADN

1,120 ahli TAWAS DUN Kota Kemuning terima bantuan kelengkapan sekolah

30 Dis 2024, 10:00 AM
1,120 ahli TAWAS DUN Kota Kemuning terima bantuan kelengkapan sekolah

Oleh MR Rajah

SHAH ALAM, 30 DIS: Seramai 1,120 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menerima bantuan kelengkapan sekolah semalam.

Wakil Rakyatnya Preakas Sampunathan berkata bantuan berupa beg, alat tulis, botol air dan bekas makanan diberikan kepada ahli TAWAS yang bakal memasuki tahun satu pada 2025.

"Kita harap bantuan ini meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak dan pada masa sama memberi keceriaan kepada kanak-kanak ini untuk memasuki darjah satu.

"Kerajaan Negeri sentiasa komited bantu rakyat khususnya golongan B40 dengan menyediakan pelbagai inisiatif. Rakyat perlu memanfaatkan sebaik-baiknya bantuan kerajaan" tambah beliau.

Sebelum ini, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Sharizan Mohd Sharif berkata seramai 29,105 ahli TAWAS menerima bantuan masuk sekolah 2025.

Tawas antara program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.