ad
AGENDA

Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari

30 Dis 2024, 12:53 AM
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari
Festival Darul Ehsan Berselawat tutup tirai, puluhan ribu sertai sepanjang tiga hari

SHAH ALAM, 30 DIS : Puluhan ribu umat Islam hadir mengimarahkan Festival Darul Ehsan Berselawat sepanjang tiga hari sejak Jumaat lalu di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam di sini.

Menutup tirainya malam tadi, majlis yang disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad digemakan dengan alunan qasidah serta selawat oleh Babul Mustofa dan Ustaz Neezam Al Banjari.

Majlis juga penampilkan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari bagi menyampaikan ceramah kepada pengunjung yang hadir dari dalam dan luar Selangor.

Seorang warga emas Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 69, tidak ketinggalan hadir bersama anak dan cucunya ke majlis ilmu itu meski dirinya berkerusi roda kerana menghidap barah hidung tahap empat.

[caption id="attachment_679871" align="aligncenter" width="713"] Syed Abu Bakar Syed Ahmad, 69[/caption]

“Syukur masih diberi peluang untuk hadir ke majlis ilmu seperti ini, sangat bagus terutama dengan dunia yang semakin akhir zaman ini, harap inisiatif negeri ini diteruskan.

“Terima kasih juga kepada penganjur kerana sediakan tempat khas untuk warga emas kurang sihat seperti saya,“ katanya yang datang dari Puncak Alam.

Manakala, seorang kakitangan swasta Nur Ubaiyah Balqis Rosli, 25, yang hadir bersama empat rakannya dari Negeri Sembilan mengakui sangat teruja selain mahu mengambil keberkatan.

[caption id="attachment_679870" align="aligncenter" width="813"] Nur Ubaiyah Balqis Rosli, 25[/caption]

“Tahu program ini menerusi media sosial, tanpa berfikir panjang saya dan rakan yang lain mengambil keputusan untuk hadir pada hari ini, Alhamdulillah dikurnia rezeki untuk berada di sini walaupun pada hari terakhir.

“Majlis selawat seperti ini sangat bagus diadakan selalu sebagai penutup tahun berbanding penganjuran konsert yang mungkin boleh melalaikan,” katanya.

Selain itu, pelajar Diploma Pengajian Islam dari Universiti Selangor Habibunnajah Mohamad Fauza, 21, berkata majlis tersebut merupakan kali ketiga pernah dikunjunginya.

[caption id="attachment_679869" align="aligncenter" width="812"] Habibunnajah Mohamad Fauza, 21[/caption]

“Sebelum ini pernah hadir Darul Ehsan Berselawat di pekarangan Stadium Shah Alam dan Kuala Selangor. Majlis ini sangat bagus untuk kita pamerkan rasa cinta kita kepada Allah dan Rasulullah.

“Harap selepas ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap dan tempoh yang lama supaya lebih ramai dapat berkat menerusi majlis ilmu seperti ini,” katanya.

[caption id="attachment_679865" align="aligncenter" width="814"] Qasidah Kumpulan Babul Mustofa pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

Pada tahun ini, program tersebut dianjurkan beberapa kali antaranya pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari.

Pada 2 Jun, Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena majlis penutup Festival Turath Islami Selangor di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, diikuti pada 31 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

[caption id="attachment_679868" align="aligncenter" width="811"] Ribuan umat islam yang hadir pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_679872" align="aligncenter" width="813"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_679867" align="aligncenter" width="814"] Ribuan umat islam yang hadir pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_679866" align="aligncenter" width="814"] Ribuan umat islam yang hadir pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_679873" align="aligncenter" width="783"] Ribuan umat islam yang hadir pada Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 29 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.