ad
AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok

29 Dis 2024, 2:30 PM
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6 petang tadi memaklumkan beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi hujan berterusan tahap buruk pula amaran juga dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuantan, Pahang.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang meliputi Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.