ad
AGENDA

Benteng takungan air di Saujana Utama pecah, tiada kemalangan jiwa

29 Dis 2024, 11:47 AM
Benteng takungan air di Saujana Utama pecah, tiada kemalangan jiwa

SHAH ALAM, 29 DIS: Benteng takungan air bersebelahan Taman Sri Alam di Saujana Utama dilaporkan pecah dan melimpah ke seluruh taman perumahan itu petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Beliau berkata Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.15 petang.

“Susulan itu, seramai lima pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan setibanya di kawasan itu, didapati paras air di kawasan taman berkenaan adalah pada ketinggian satu kaki.

“Ekoran itu, kerja-kerja pemindahan mangsa yang terjejas telah dijalankan bersama PBS Saujana Utama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata ketika ini air telah surut, namun kerja pemantauan sedang dilakukan.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.