ad
ADN

Pasang tujuh lampu solar, terangi kawasan gelap demi keselamatan penduduk KKB

28 Dis 2024, 1:00 PM
Pasang tujuh lampu solar, terangi kawasan gelap demi keselamatan penduduk KKB
Pasang tujuh lampu solar, terangi kawasan gelap demi keselamatan penduduk KKB
Pasang tujuh lampu solar, terangi kawasan gelap demi keselamatan penduduk KKB

SHAH ALAM, 28 DIS : Sebanyak tujuh lampu solar dipasang di beberapa kawasan gelap dan berisiko kemalangan ketika malam di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Wakil rakyatnya berkata dua lampu solar dipasang di Jalan Ampang Pecah Rasa diikuti masing-masing satu di Kampung Jawa, Kampung Pasir, Kampung Paya Dalam, Kampung Kelapa dan Ulu Yam Lama.

[caption id="attachment_650596" align="aligncenter" width="813"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pemasangan lampu solar ini merupakan sumbangan Kerajaan Negeri dan sebahagian inisiatif Selangor Bercahaya 2024 untuk memastikan kawasan di Kuala Kubu Bharu lebih terang dan selamat terutama ketika malam.

“Fokus utama adalah kawasan yang gelap dan berisiko selain memastikan keselesaan serta keselamatan penduduk setempat terjamin,” kata Pang Sock Tao di Facebook.

Belanjawan Selangor 2025 yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memperuntukkan RM1.3 bilion atau 43.3 peratus daripada keseluruhan belanjawan untuk perbelanjaan pembangunan.

Daripada jumlah ini, RM404.17 juta dikhususkan untuk sektor infrastruktur, termasuk kerja menaik taraf infrastruktur bagi menyokong keterjaminan bekalan air bersih, pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien, serta peningkatan infrastruktur jalan raya dan saliran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.