ad
ADN

Kunjungi saringan kesihatan percuma DUN Batu Tiga esok

28 Dis 2024, 8:00 AM
Kunjungi saringan kesihatan percuma DUN Batu Tiga esok
Kunjungi saringan kesihatan percuma DUN Batu Tiga esok

SHAH ALAM, 28 DIS: Orang ramai dipelawa hadir ke Karnival Kesihatan Rahmah 7.0 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Dewan Beringin, Seksyen 24, esok.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid Haron berkata program secara percuma bermula 8 pagi hingga 3 petang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Jom sertai Karnival Kesihatan Rahmah 7.0 esok, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya prasaringan jantung dan pemeriksaan payudara bagi mencegah barah.

“Ini adalah peluang terbaik untuk anda dan keluarga menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma dan menjaga kesihatan bersama.

“Jangan lepaskan peluang ini, bawa juga ahli keluarga dan rakan anda. Bersama manfaat penjagaan kesihatan,” katanya menerusi Facebook.

Pengunjung boleh menyemak kelayakan menerusi sehati.perkeso.gov.my/check dan kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Turut diadakan kaunter pendaftaran Iltizam Selangor Sihat (ISS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.