ad
BUDAYA

Kamar

28 Dis 2024, 12:30 AM
Kamar

i.

semuanya berjatuhan;

kecuali pakaian tersangkut kemas, cermin hias melirih, masam muka kamar mandi.

selebihnya; kamar tidur berantakan, jam loceng terkunci bibirnya, kantuk menyumpah mimpi tak jadi.

ii.

mereka saling mencebik; manusia hanyalah kelkatu, terlalu kecil untuk menginsafi kecuali ingatan tentang makan pagi, setelah melepas nafsu pada dini hari.

mereka berpapasan pada jam 8.00pagi; menyumpah hari cepat dini, tanpa rasa rugi; biarpun hari telah ditambah satu hari lagi.

 

Ghazali Sulong

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.