ad
PBT

Elak sumber air tercemar, MPAJ larang memancing di Tasik Pandan Perdana

27 Dis 2024, 1:00 PM
Elak sumber air tercemar, MPAJ larang memancing di Tasik Pandan Perdana

SHAH ALAM, 27 DIS: Orang ramai dilarang memancing di Tasik Pandan Perdana, Ampang Jaya bagi memastikan sumber air mentah daripada terpelihara dan tidak tercemar.

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) R Moganraj berkata keputusan larangan itu dibuat ketika mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan berkenaan pada November lalu.

"Sebelum ini tasik tersebut dibenarkan memancing tetapi keputusan dibuat selepas mengambil saranan Dato' Menteri Besar (Dato' Seri Amirudin Shari) yang meminta agar menjaga kawasan takungan air daripada tercemar.

"Justeru, kita telah meletak papan tanda larangan memancing dan berharap orang ramai memberi kerjasama untuk mematuhi peraturan tersebut," katanya kepada Selangorkini.

Dalam pada itu, Moganraj berkata tindakan penguatkuasaan turut dibuat oleh Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ dan pihak penguatkuasa MPAJ di tasik tersebut.

"Sekiranya ada individu yang ingkar kita akan merampas peralatan memancing mereka," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.