ad
AGENDA

Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

26 Dis 2024, 1:47 PM
Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

GAZA, 26 DIS: Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pendudukan Israel di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber perubatan, tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat, membunuh lima wartawan yang berada di dalamnya.

Antara mangsa terkorban ialah wartawan Ayman Al-Hadi, yang berada di hospital untuk menemani isterinya yang akan melahirkan anak pertama mereka. Dia mengambil kesempatan daripada waktu menunggu itu untuk berjumpa rakan sekerjanya.

Lebih 190 wartawan terbunuh sejak Israel melancarkan serangan terhadap Gaza pada 7 Oktober 2023.

Sumber perubatan juga mengumumkan bahawa jumlah kematian di Gaza kini meningkat kepada 45,361 orang, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Jumlah mangsa cedera pula meningkat kepada 107,803 orang.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.