ad
AGENDA

PBB rayu bantuan makanan, minuman, keperluan hospital di utara Gaza

25 Dis 2024, 12:58 PM
PBB rayu bantuan makanan, minuman, keperluan hospital di utara Gaza

GAZA, 25 DIS: Pejabat Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menyeru bantuan segera di Semenanjung Gaza, khususnya hospital di utara berikutan laporan berterusan mengenai serangan terhadap hospital dan kawasan sekitar, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rayuan itu dibuat semalam, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).

Di utara Gaza, hanya tiga ventilator tersedia untuk bayi yang memerlukan rawatan intensif, menurut Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).

Keadaan di hospital Kamal Adwan, Al Awda, dan Hospital Indonesia di utara Gaza semakin merosot sejak Ahad lalu, apabila tentera Israel mendakwa melaksanakan operasi terhad terhadap Hamas di kawasan sekitar Hospital Indonesia.

OCHA turut melaporkan bahawa wilayah itu hampir terkepung sepenuhnya.

Sejak 1 Disember, pihak berkuasa Israel telah menafikan 48 daripada 52 percubaan PBB untuk menyelaraskan akses bantuan kemanusiaan.

- BERNAMA-dpa

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.