SHAH ALAM, 25 DIS: Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang menjadi teras komuniti Selangor.
Sempena sambutan Hari Krismas, Dato’ Seri Amirudin Shari turut menzahirkan ucapan semoga perayaan dirai penuh kegembiraan dan keberkatan kepada semua penganut Kristian, terutamanya di negeri ini.
“Semoga perayaan ini mengisi hati anda dengan kasih sayang, rumah anda dengan gelak tawa dan hari-hari anda dengan kenangan yang indah.
“Marilah kita terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang menjadi teras komuniti kita,” katanya di Facebook.
Amirudin turut menitip pesanan supaa sentiasa berhati-hati di jalan raya kepada mereka yang melakukan perjalanan sempena musim perayaan ini.