ad
AGENDA

Sultan, Permaisuri seru pupuk toleransi, perkukuh keharmonian rakyat berbilang bangsa

25 Dis 2024, 1:05 AM
Sultan, Permaisuri seru pupuk toleransi, perkukuh keharmonian rakyat berbilang bangsa

SHAH ALAM, 25 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian di seluruh negara.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap perayaan itu dapat memupuk rasa hormat menghormati dan toleransi sesama masyarakat sekali gus memperkukuh keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Di kesempatan ini juga, Baginda ingin berpesan dan mengingatkan pengguna jalanraya serta lebuhraya agar memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan kecuaian khususnya di musim perayaan ini.

"Baginda berdua mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi yang dituju," menurut ucapan di Facebook Selangor Royal Office.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.