ad
BERITA UTAMA

Riang ria sambutan hari Krismas, aneka hiasan meriahi suasana

25 Dis 2024, 1:00 AM

Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum memeriahkan majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat negeri di Dataran Bandar Sunway, Subang Jaya pada 14 Disember.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyempurnakan perasmian majlis perayaan bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam itu.

Turut hadir, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kemajuan Desa & Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze dan pimpinan Kerajaan Negeri.

Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan, orang ramai dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian bertemakan hari Natal.

Dalam majlis itu, Amirudin juga menyampaikan bantuan kewangan rumah ibadat (Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao) berjumlah RM565,200.

Sebagai persiapan menyambut Krismas, keadaan pusat beli-belah di Selangor dan Kuala Lumpur turut berubah wajah menjadi meriah dengan pelbagai hiasan.

Jurufoto REMY ARIFIN, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN dan NUR ADIBAH AHMAD IZAM merakamkan kemeriahan persediaan sambutan kali ini. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

[caption id="attachment_679307" align="aligncenter" width="700"] Sekumpulan kanak-kanak membuat persembahan ketika majlis Rumah Terbuka Krismas negeri di Subang Jaya pada 14 Disember[/caption]

[caption id="attachment_679308" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar menyampaikan cek cura bantuan kewangan rumah ibadat ketika majlis Rumah Terbuka Krismas di Subang Jaya pada 14 Disember[/caption]

[caption id="attachment_679309" align="aligncenter" width="700"] Dua lelaki dewasa memakai busana gergasi santa claus sambil mengedar hadiah kepada kanak-kanak ketika sambutan Krismas Kerajaan Negeri pada 14 Disember[/caption]

[caption id="attachment_679310" align="aligncenter" width="700"] Kakitangan Gereja Our Lady of Lourdes menghias pokok krismas di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 18 Disember[/caption]

[caption id="attachment_679311" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai berswafoto dengan Amirudin ketika majlis Rumah Terbuka Krismas di Dataran Bandar Sunway pada 14 Disember[/caption]

[caption id="attachment_679312" align="aligncenter" width="700"] Petugas SnoWalk @ i-City, Shah Alam pada 17 Disember membuat persiapan mencantikkan taman tema itu sempena sambutan Krismas[/caption]

[caption id="attachment_679313" align="alignnone" width="700"] Pengunjung gembira bergambar di hadapan belon santa claus yang dipasang di pintu utama Sunway Pyramid pada 6 Disember. Foto Facebook Sunway Pyramid[/caption]

[caption id="attachment_679314" align="alignnone" width="700"] Kanak-kanak teruja melihat penyelam memakai busana khas di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur pada 18 Disember. Foto BERNAMA[/caption]

[caption id="attachment_679315" align="alignnone" width="700"] Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj bersama kanak-kanak selepas membeli persiapan Krismas di Klang pada 21 Disember. Foto Facebook ADUN Sentosa YB Gunaraj[/caption]

[caption id="attachment_679316" align="alignnone" width="700"] Kanak-kanak menghias kek semasa program tanggungjawab sosial korporat anjuran Hotel Concorde, Shah Alam pada 19 Disember[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.