ad
AGENDA

Polis buka kertas siasatan kes kucing mati di UM

24 Dis 2024, 12:15 PM
Polis buka kertas siasatan kes kucing mati di UM

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan turut dijalankan melibatkan kenyataan yang dikeluarkan aktivis haiwan, seperti yang dilaporkan media tempatan.

“Rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada Khamis ini,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.

Presidennya Khalid Rashid dilaporkan berkata pihaknya bukan mempersoalkan siasatan dijalankan pihak berkuasa, namun berharap jika kes berkenaan diteliti semula dengan bantuan daripada pakar, ekoran timbul pelbagai reaksi.

Pada 22 Dis, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat, polis mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang telah bertindak menyerang kucing tersebut.

Polis turut merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing terbabit adalah disebabkan serangan anjing-anjing liar.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.