ad
AGENDA

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di tali air

24 Dis 2024, 9:23 AM
Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di tali air

IPOH, 24 DIS: Kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika keluar bermain bersama rakan di tali air parit 4 di Parit dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata laporan berhubung kejadian malang menimpa mangsa yang berusia 7 tahun itu diterima daripada orang awam sekitar 5.45 petang.

“Mangsa yang ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air itu dibawa penduduk tempatan ke Klinik Kesihatan Bota Kiri (Parit) dan hasil pemeriksaan penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Iskandar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa ialah "pulmonary edema consistent with drowning" (lemas)," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.