SHAH ALAM, 23 DIS: Selangor Fruits Valley (SFV) menawarkan pembelian lima tiket percuma satu tiket sempena sambutan Krismas.
SFV menerusi Facebook mengajak orang ramai mengambil peluang itu untuk berkunjung ke pusat agro pelancongan berkenaan sempena cuti sekolah.
“Promosi tiket kembali lagi! Sempena perayaan Krismas beli lima tiket percuma satu tiket. Tunggu apa lagi cepat pilih tarikh.
“Pelbagai aktiviti menarik diadakan dan sekarang juga musim durian dan rambutan. Jom bawa keluarga untuk merasai pengalaman ini,” katanya.
Terletak di Bestari Jaya, ladang buah-buahan tropika berkeluasan lebih 1,000 hektar itu dibuka mulai 9 pagi hingga 4 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 012-343 2971 atau 016-688 0792 atau e-mel [email protected]
Harga tiket masuk bagi pelancong domestik ialah RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas, manakala RM20 bagi dewasa.
Bagi pelancong antarabangsa untuk kanak-kanak dan warga emas tiket berharga RM30, manakala dewasa pula RM35.